Monday, March 17, 2008

Bekas Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara meninggal - Berita Harian, 17 Mac 2008

Some write up on my late father, Haji Rahime Harun.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Rahime Harun, (gambar) 54, meninggal dunia di Melbourne, Australia, Rabu lalu selepas diserang sakit jantung sewaktu sedang bercuti bersama isteri, anak, menantu dan cucunya.

Anak perempuannya, Nazura Zahian, 29, berkata bapanya diserang sakit jantung sehari sebelum mereka sepatutnya pulang dan akibat serangan itu mereka sekeluarga membawa beliau ke Royal Melbourne Hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Bapa ditempatkan selama dua hari di Unit Rawatan Rapi sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.25 petang waktu Melbourne," katanya sewaktu dihubungi di sini, semalam.

Jenazah Rahime yang sudah dimandi dan dikafankan dan kini ditempatkan di Masjid Preston, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.30 pagi Rabu ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, di sini sebelum zuhur

Nazura Zahian berkata, bagaimanapun pihaknya dan sepupunya, Fadhli Rahim, anak kepada kembar Rahime, Rahim Harun, yang juga meninggal dunia kerana penyakit sama dan tinggal di sana sedang berurusan dengan beberapa pihak di Melbourne supaya jenazah dapat tiba lebih awal iaitu Selasa ini.

Rahime meninggalkan seorang balu, Zarina Ariffin; Nazura Zahian; menantu Mohd Fauzi Nasir dan cucu, Ilham Fannani, 2 setengah tahun.

Nazura Zahian berkata, arwah bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum ini walaupun sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan Haji pada musim lalu beliau diserang angin ahmar ringan.

"Bapa nampak gembira sewaktu di Melbourne dan sebelum diserang sakit jantung beliau sempat memasak kari ayam untuk kami sekeluarga yang pada waktu itu berada di rumah Fadhli kerana bapa memang suka memasak.

"Pada sebelah petang ketika hendak menunaikan sembahyang Asar beliau diserang sakit jantung menyebabkan kami membawanya ke hospital dan saya bersyukur kerana pihak paramedik di sana cepat bertindak.

"Mak ada berkata, sewaktu beliau dan bapa sembahyang musafir sebelum berlepas ke Melbourne, dalam doanya bapa ada menyebut 'bahawa aku bermusafir untuk melihat kebesaranMu' dan sewaktu berjalan-jalan dan melihat pemandangan yang cantik di sana bapa banyak kali memuji keindahan alam ciptaan Tuhan," katanya yang pulang bersama keluarga kelmarin.

Katanya, mereka terpaksa pulang awal atas nasihat pihak Penerbangan Malaysia kerana pada masa ini sedang berlangsung perlumbaan Formula Satu di Melbourne, dan segala urusan membawa pulang jenazah dilakukan Fadhli.

Rahime yang sebelum bertugas di BSLN bertindak sebagai Pengarah di Galeri Shah Alam adalah antara seorang pengumpul yang cukup dikenali di kalangan komuniti pelukis di negara ini.

Beliau yang dilahirkan di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan dalam bidang rekaan industri di Institut Teknologi Mara dan Sarjana Pendidikan Seni dan Rekaan di De Monfort University adalah penggerak pemasaran lukisan di negara ini.

Rahime banyak menyumbang kepada perkembangan seni tampak negara dan idea beliau memasarkan karya pelukis Malaysia ke hotel-hotel, pejabat kedutaan dan pelancong memberi nafas baru kepada pemasaran lukisan di negara yang ini yang sebelum ini agak malap.

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualikum, dearest fishie, pojie and the whole family mmembers, mewakili teman-teman seperti munzir, sofian dan erwan ingin mengucapkan takziah. Sangat tersentuh bila baca doa allahyarham sebelum bermusafir..ianya mengingatkan kita bahawa sejauh mana hebat kita berkarya dalam seni namun tidak dapat menandingi yang MAHAKARYA..walaupun tidak mengenali begitu rapat dengan allahyarham tetap menjadi inspirasi kepada aku terutamanya dalam mengenali dunia seni ini yang tiada batasnya. Semoga Allah Mencucuri rahmat ke atas beliau dan beliau termasuk di dalam orang-orang yang beriman...Ameeen.

Albad

happy2gether said...

my deepest condolence-Al Fatihah buat Arwah...

Fishie, be strong & take care.

...$weE+ 666... said...

al-fatihah...

my deepest sympathy to u & family, dear...*hugs*

Anonymous said...

Iam shocked to hear this,takziah and al-fatehah to arwah.He was a kind and good-hearted man,may he rest in peace.

~::sped0 siBeR::~ said...
This comment has been removed by the author.
~::sped0 siBeR::~ said...

Hi Nazura... takziah. actually dah pernah terbaca berita nie tapi tak sangka pula yang dimaksudkan ialah bapa kepada rakan lama.

rasanya belum terlambat untuk mengucapkan takziah dari kita sekeluarga

takziah sekali lagi ya.

Al-fatihah...

~juita idayu bahtiar~

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel